MENGENAI KAMI

 Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, Sebenarnya telah lama saya berhasrat untuk mewujudkan satu blog persilatan Sarawak ini.

Saya berharap blog ini mampu akan menyatukan, menggabungkan dan membincangkan segala bentuk idea serta pemikiran mengenai  perihal, perkara, dan topik-topik berkenaan dengan persilatan di Negeri Sarawak.

Ini termasuklah mengenai Perguruan - perguruan, permainan silat , sudut pandangan, perkembangan semasa dan juga termasuk perkara - perkara berkenaan dengan persilatan yang boleh diketengahkan untuk menjadi bacaan dan buah pemikiran bersama. InshaAllah.


APA YANG ANDA BOLEH KONGSIKAN DENGAN KAMI.

1. Mengenai Perguruan - perguruan Silat 

2.  Sebarang bentuk penulisan sama ada ulasan, perkongsian, pengalaman dan topik - topik perbincangan.

2. Program - program Persilatan 

3. Aktiviti persilatan dan aktiviti perguruan

4. Hal - hal lain mengenai persilatan dan perguruan.


Saya amatlah mengalu- alukan cetusan idea anda - anda yang mengamalkan, membudayakan dan meminati persilatan. Ini termasuk penulisan, puisi, aktiviti persilatan anda ataupun perguruan anda dan segala bentuk perkongsian yang mengenai persilatan.

Sekiranya anda mempunyai idea - idea ataupun sebarang cadangan bentuk penulisan atau perkongsian anda boleh menghubungi saya ditalian 013-8481186 atau emailkan kepada saya di email azlanrumadi@yahoo.com

Selain tu juga, saya harap dengan penulisan dalam blog ini mampu membantu dalam usaha membudayakan persilatan. 


KONGSIKAN TENTANG PERGURUAN - PERGURUAN ANDA DI SINI

Kami juga mengalu - alukan sekiranya terdapat perguruan yang ingin memperkenalkan perguruan mereka untuk dikongsikan dalam blog ini untuk pengetahuan dan makluman bersama.

Kami juga mencadangkan sekiranya perkongsian mengenai perguruan adalah mengikut ketetapan seperti berikut.


1.       NAMA PERGURUAN / PERTUBUHAN

**Nama Penuh Perguruan


2.       PENDAFTARAN DALAM PERTUBUHAN ( JIKA ADA )

** Kelab / badan sukan.

** Pendaftaran dalam Rumpun Silat Sarawak ( Jika ada )

** Pertubuhan lain.


3.       MAKSUD NAMA PERGURUAN / PERTUBUHAN

** Jelaskan secara ringkas sejarah, asal usul nama perguruan atau maksud ( jika ada ) disebalik nama perguruan.


4.       COGAN PERGURUAN ( JIKA ADA )

** Cogan ataupun motto perguruan sekiranya ada .


5.       TARIKH DITUBUHKAN DAN SEJARAH PENUBUHAN

**Tahun atau bulan ataupun Lebih baik sekiranya ada tarikh lengkap.

** Boleh Kongsikan usia perguruan.


6.       NAMA PENGASAS / GURU UTAMA / GURU TUA

**Sebaiknya nama penuh


7.       RINGKASAN  / LATAR BELAKANG MENGENAI NAMA PENGASAS / GURU UTAMA / GURU TUA

** Ceritakan secara ringkas mengenai latar belakang Pengasas seperti asal usul, pengajian/ perguruan yang pernah dipelajari, jasa dan perjuangan dan sebagainya


8.       GELANGGANG UTAMA

** Nyatakan lokasi gelanggang utama ataupun sebaiknya alamat lengkap ( dengan izin ).

 

9.       GELANGGANG TERKINI

** Jelaskan secara ringkas mengenai gelanggang yang sedang aktif dan juga gelanggang yang pernah dibuka.

 

10.   BILANGAN PESILAT – PESILAT

            ** Jelaskan secara ringkas mengenai pesilat – pesilat.. siapa guru muda, jurulatih dan                               pembantu jurulatih.

            ** ceritakan berapa jumlah keahlian pesilat dalam perguruan dan berasal dari mana (                             penduduk setempat ? anak – anak sekolah ? dan sebagainya.


11.   RINGKASAN ASAS PERMAINAN.

** Jelaskan secara ringkas mengenai asal usul permainan…. Berapa pelampas dan buah atau bunga… atau pun jika ada yang selainnya….

 

12.   PERATURAN,DISIPLIN & PRINSIP – PRINSIP DALAM PERGURUAN

** Jelaskan Peraturan & Disiplin yang diamalkan dalam perguruan

** Jelaskan prinsip – prinsip diri yang ditetapkan oleh perguruan.

 

13.   PENYERTAAN & PENCAPAIAN PESILAT PERGURUAN.

** Ceritakan secara ringkas pencapaian yang pernah diraih oleh perguruan atau pesilat tidak mengira peringkat sama ada dari peringkat kampong, sekolah sehinggalah ke peringkat dunia dan sebagainya.

** Ceritakan penyertaan yang pernah disertai termasuk program, pertandingan, persembahan, kebajikan, kemasyarakatan dan sebagainya.

 

14.   IDEA DAN HARAPAN.

** idea – idea dan cadangan mengenai persilatan di Negeri Sarawak

** Harapan untuk perkembangan semasa dan masa depan persilatan di Sarawak.

** Lagi banyak lagi bagus…

 

15.    ALAMAT DAN NO TELEFON

        ** Alamat dan no telefon yang boleh dihubungi.

        ** Sebagai rujukan sesiapa yang berminat belajar di perguruan anda.


16.   GAMBAR – GAMBAR PERGURUAN

** Kongsikan gambar logo / lambing perguruan.

** Kongsikan gambar bersama guru tua atau Ahli pengurusan bersama pesilat – pesilat.

** Kongsikan gambar – gambar aktiviti perguruan.

** Lagi banyak lagi bagus.

NOTA :

Kami memahami kiranya mungkin akan terdapat memenuhi sebilangan perkara di atas.. jadi sekiranya terdapat kekurangan pengetahuan maklumat.. cukup apa yang seadanya….InshaAllah.

 


INSHA ALLAH.

" KE ARAH MEMBUDAYAKAN PERSILATAN "



No comments:

Post a Comment