Friday, April 22, 2022

PERATURAN BARU SILAT OLAHRAGA PERINGKAT ANTARABANGSA


PERATURAN BARU SILAT OLAHRAGA PERINGKAT ANTARABANGSA

Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah merombak & menggubal peraturan baru bagi kejohanan Silat.

Antara peraturan baru adalah;


SILAT OLAHRAGA:

1. Teknik kuncian diperkenalkan semula.

2. Peraturan 6 serangan dimansuhkan. Pesilat boleh menyerang pihak lawan bertubi-tubi tanpa henti sehingga dihentikan wasit ataupun tamat masa.

3. Siku & lutut boleh digunakan terhadap sasaran (protective vest) KECUALI anggota larangan.

4. Rekabentuk gelanggang bulat dimansuhkan dan diganti dgn gelanggang berbentuk segiempat sisi sama.

5. Melompat sambil menendang atau menumbuk atau menyiku mahupun menggunakan lutut dibenarkan utk menyerang sasaran (protective vest) KECUALI anggota larangan.

6. Pesilat dibenarkan menjatuhkan pihak lawan dgn sebarang teknik (sapuan, bantingan, tarikan, hayunan, guntingan) selagi mana teknik itu tidak mencederakan pesilat & pihak lawan.

7. Serangan terhadap bahagian belakang pesilat dibenarkan.

8. Pesilat boleh terus menyerang pihak lawan walaupun salah satu anggota pihak lawan ditangkap oleh pesilat.

9. Pesilat boleh terus bertempur selagi KEDUA-DUA belah KAKI TIDAK berada di LUAR gelanggang.

10. Pesilat boleh menyerang anggota bukan sasaran (selain anggota larangan) dgn syarat serangan susulan mesti ada. - cth; boleh sepak peha namun selepas itu mesti ada serangan susulan.


SILAT SENI:

Sistem pertandingan kalah mati diperkenalkan. Pesilat yang menang akan mara ke pusingan berikutnya utk bertemu pesilat yg lain.

Peraturan baru ini akan berkuatkuasa pada tahun 2021 bagi semua pertandingan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

Peraturan lama masih kekal digunapakai utk kejohanan sekolah rendah demi keselamatan murid-murid.

(Anggota larangan = kepala, muka, leher, tengkuk & kemaluan.)

- Nampaknya ada 'pengaruh' MMA dlm peraturan baru Silat.